Wednesday, 19 December 2012

meet me :)


Hai n Assalamualaikum kepada semua yang tengah menatap skrin komputer ni. Sebelum saya berceloteh lagi panjang,jom kenal dengan saya dulu. Nama diberi nur izzati binti azman,dilahirkan di hbkl pada 11.12.1993,tarikh yang sama sewaktu kejadian kondominium runtuh. dan bermula dari situ selalu dituduh pembawa malang oleh semua abang abang saya, tapi x heran sebab tau diorg cume bergurau.sekarang dah lebih 10 tahun menetap di selangor.
ni lah kondominium yang runtuh tuh :P
Sebut pasal abang,saya ada 3 orang abang,1 kakak,2 adik,and satu mak ngan bapak(of couse la kan)..BERSYUKUR kepada ALLAH kerana dilahirkan sebagai anak kepada azman bin mohamed latiff dan shaherah bt mohd sharif,adik kepada mohd azrol, muhammad aizat, muhammad azri,nur munirah dan kakak kepada muhammad aqmal dan muhammad alif.
Tapi langit x cerah selalu,abang saya muhammad aizat bin azman telah kembali kerahmatullah pada 22.02.2009,tarikh keramat yang membawa kepada sejarah hitam keluarga. Dia meninggal pada umur 20 tahun dan semasa menuntut kat UKM sambil ambil degree in audiologi medik.AL-FATIHAH~~
Menuntut ilmu kat umt ni sangatlah mencabar bagi saya,dalam keadaan yang jauh dari keluarga,saya kene biasakan diri dengan keadaan sekeliling,kawan baru,roomate baru,bukan senang tau.Tapi dalam diri ini tak putus meminta doa dan berkat dari ALLAH SWT untuk menunjukkan jalan yang benar dan agar aku tidak terpesong.
begitu jugak mak ngan ayah,ayah saya yang selalu jadi hero,superman,superidol dah xdek kat sisi untuk bg semangat,walaupun kadang2 cakap dengan die lebih kepada sakit hati,tapi saat di gembira,itulah saat paling bermakna. Mak pulak,suara mak je,dah boleh hilangkan takut n nervous aku,betapa hebatnya mak aku,korang ade :P..tibe2 pulak teringat   time aku clash kat matrik dulu,dah lah nak dekat periksa,asyik ponteng kelas je sebb sakit dan yang paling penting sebb frust. Kesempatan balik ke rumah aku gunekan untuk pergi klinik,dr kate aku ade sikit hypertension. Keluar dari bilik dr tuh, mak terus tepuk belakang n cakap "mak kan ade,kuat ea"wuuuu,sedih gile lah.
my father ;p,manja bak hang..


last word for u olss,semoga sentiasa bersemangat dalam menempuh hari2 yang akan datang,kadang2 Tuhan menetapkan sesuatu perkara kerana dia tahu itu yang terbaik untuk kita. Dalam keadaan saya yang begini,sentiasa saya ingatkan kepada diri saya ayat ini,jadi ingin berkongsi sedikit."di saat hati ini membuak rasa kekesalan,KAU penuhkan ia dengan rasa kesyukuran dan hidayah mu, di saat hati ini penuh dengan kebencian,KAU jadikanlah diri ini dengan penuh dengan kecintaan kepada mu dan di saat hati ini penuh dengan kecelaruan dan kekeliruan ,kau tunjukkan aku jalan yang benar,benar-benar kau redhai.
                                                  
<!--[if !vml]-->https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhdg3D4Eqe1ra49PSZnHZ_alA6fOAmo7Dm8RBvkAPZYVcswhYc_xE6H7f1KGa9kIUjv_HlBFkVUW3CpThzyMtdRxdMKKUuZpdIWI2N_rDc5LBAWsDEvSb9UP9zalUZMOC4kzt5xhRbFSYo/s1600/w27.jpg<!--[endif]-->


No comments:

Post a Comment